Friday, April 29, 2011



Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh..
Awak buat saya tertanya tanya..
Sape saya pada awak?
Kekasih?
Kawan?
Adik?
Teman tapi mesra?


Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh...
Awak buat saya mula keliru dgn perasaan awak pada saya..
Dan perasaan saya sendiri. 


Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh..
Awak buat saya terumbang ambing..
Betul ke Sayang? 
Sungguh ke Suka? 
Iya ke Chenta? 
Atau..
Dah benci ke?
Dah boring ke?
Dah ada orang lain ke?


Awak,
Terima kasih buat saya mcm neh..
Awak dah tak msg...
Kalo dulu sibuk mana pun, mesti awak msg saya..
Tapi, ke mana sume menghilang ye awak?
Sama seperti menghilangnya saya dari ingatan awak?
Atau dah lenyap terus dari hati awak..?


Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh..
Dah takde lagik katakata penenang dari awak..
Dah takde lagik bicarabicara pendamai yg menjadi halwa telinga saya..
Siapakah yg telah mencuriknya dari saya ye, awak?


Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh...
Saya rasa saya dah jadi tabah dan kuat..
Sebab awak(!)
Mungkin sebab awak nak saya jadi gadis yg berdikari..
Sebab tuh awak buat mcm neh...
Terus dan terus menyepi..
Itu kalo ikut pemikiran saya yg positif..
Kalo ikut kata hati...
Awak tamau kat saya lagik? ;)


Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh...
Apa pun, saya akan tetap terus bertahan...
Selagi saya mampu utk bertahan..
Saya sayang awak, awak tahu kan?
Tapi saya tamau sayang saya pada awak melebihi sayang saya padaNYA..


Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh..
Dengan cara awak neh..
Awak buat saya lebih kenal sape diri saya yg sebenar..
Awak buat saya lebih dekat dgn Pencipta saya...
Awk buat saya sedar.. 



Awak, 
Terima kasih buat saya mcm neh..
Apepun, saya akan tetap berdoa...
moga awak berbahgia ..

Sunday, April 24, 2011


awak..
apa-apa pun yang terjadi saya nak awak ingat ni awak..
saya nak awak bahagia..
saya nak awak jage diri awak baik-baik..
mungkin satu mase nanti saya tak kan dapat jage awak lagi..
mungkin satu mase nanti saya akan jauh dari awak..
mungkin satu hari nanti saya akan hilang di ingatan awak..
~hari nie ade org pnggil "kamu" kt aku . aku tak tau la ape salah ak sampaikan dia buat smue nie . mngkin dia da x perlukan aku ag . lame guk ak ngn dye . da nk ms0k 5 taun la k0t . tapi,nie kali ptame dia pnggil aku "kamu" . ape k0rang akan rase klu org yg k0rang sayang slame nie ,nie yg dia balas kt k0rang ? tp,ape yg aku rase,sakitnye mmg x dpat nk byangkan la.mgkin nie dugaan . hdup mmg penuh dugaan . mgkin jodoh ak bukan ngan dia . ptt ke dia ckp dia x suke ak pkirkan psal dia . ak mara dia sbb x pedulikan ak . tp dia x suke . skunk aku paham . mgkin pompuan zaman nie lebih suka diabaikan drpd ambil berat pasal dye .
~nie guk kali pertame dia ckap yg dia nk anggap ak ni kawan je . dia ckap dia lebih selesa anggap ak cm 2 . haih . ak tak paham . ape sebenarnye dye nak kat aku . knape dye buat smue nie ea? ak btol2 tak paham . knape dri dulu je x buat smue nie ? klu dri dulu ak tau dia mcm nie,,x de la lame cmnie ak jage dia. sdgkan slame ak ngn dia ,, mcm2 dia buat msalah . xperlu ak ckp ape msalahnye . mgkin k0rg p0n x ley trime ape yg ak trime dri dye . tp , dsbbkn ak syg dia ,,ak trime smue msalah dye . ak sabar je . tapi nie yg dye balas kt aku . 
~k0rang yg tau psal ak ngn dye,sti k0rg akn paham n x percaya .

Gadisku... sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. 
Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun...tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang.. tapi awas.. duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Gadisku...
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. 
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. 
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah...umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup...sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah.
Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.
Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi 'title' gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.
Gadisku...
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.
Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku...
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta.
Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud "Sesungguhnya cinta itu buta". 
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T.
Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. 
Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.
Gadisku...
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai.
Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali.
Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama.
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa.
Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri..."

kenapa Allah temukan kita dengan orang yg salah .


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..Demikian kemudian menyusul kebenaran disebaliknya..da nmpk kan??? fahami la semua nya.